Ulser Bahagian Sulit: Apakah Yang Menyebabkan Ulser Pada Bahagian Sulit?

Ulser Bahagian Sulit: Apakah Yang Menyebabkan Ulser Pada Bahagian Sulit?

Ulser merupakan rekahan pada epitelium atau lapisan sel paling atas pada permukaan tubuh. Ulser tersebut boleh muncul dalam mulut anda, usus dan juga pada bahagian bahagian sulit. Dalam artikel ini, kami akan berbincang tentang beberapa punca ulser pada bahagian sulit.

Ulser bahagian sulit boleh muncul pada zakar, faraj, dan sekeliling anus. Punca yang paling biasa adalah jangkitan, dan punca ini diikuti dengan ulser bahagian sulit yang disebabkan oleh penyakit kelamin.

 

Apakah Punca Ulser Pada Bahagian Sulit?

 

1. Penyakit Kelamin

Dua punca yang paling biasa adalah ditransmit secara seksual- sifilis (disebabkan oleh Treponema pallidum) dan herpes (Herpes Simplex Virus- Jenis 1 dan 2). Punca lain yang ditransmit secara seksual adalah chancroid, granuloma inguinale/donovanosis dan lymphogranuloma venereum (LGV).

 

2. Jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria sekunder atau kulat juga boleh menyebabkan ulser. Dalam kira-kira 25 peratus daripada jumlah pesakit yang mempunyai ulser bahagian sulit, tiada patogen yang dapat dikenal pasti. 

 

3. Punca Bukan Jangkitan

Punca bukan jangkitan adalah seperti psoriasis, trauma seksual (pada kulit), sindrom Behcet, Wegener granulomatosis, letusan alahan kepada ubat yang tetap, dan iritasi sentuh.

 

Apakah Perkara Lain Yang Dipastikan?

 

Terdapat beberapa perkara yang kami patut pastikan apabila kami memeriksa ulser.

-Adakah ulser tersebut berbilang atau tunggal?

-Adakah ulser tersebut menyakitkan atau tidak menyakitkan?

– Adakah terdapat simptom yang lain?

-Adakah terdapat noda limfa yang bengkak?

-Adakah terdapat aktiviti seksual yang baru akhir-akhir ini?

Perkara di atas merupakan sebahagian daripada perkara yang akan ditanya dan diperiksa apabila seseorang hadir dengan ulser.

 

Ujian Swab STD dan Ujian Darah STD

 

Biasanya kami akan swab pada ulser dan menjalankan ujian untuk punca lazim seperti sifilis dan herpes. Bergantung kepada kecurigaan klinikal, kami biasanya akan memberikan rawatan pada hari itu sendiri. Disebabkan semua ulser tersebut adalah jangkitan, kami akan merawat anda dengan antibiotik, antivirus atau antifungus. Rawatan tersebut boleh diberikan dalam bentuk ubat oral atau ubat suntikan.

Sekiranya anda hadir dengan ulser, kami selalunya akan menyarankan supaya anda menjalani ujian untuk penyakit kelamin atau jangkitan secara seksual (STI) yang lain juga kerana STI lazimnya hadir serentak antara satu sama lain. Kami juga akan menasihatkan anda untuk mengurangkan faktor risiko untuk mendapat STI secara umum, termasuklah mengehadkan bilangan pasangan seksual, menggunakan kondom dengan setiap aktiviti seks, dan menjalani pemeriksaan yang selalu untuk STI.

Jangan biarkan hari berlalu tanpa mengambil apa-apa tindakan apabila anda menemui ulser pada badan anda. Dapatkan penilaian dan rawatan secepat mungkin untuk menghalang ulser tersebut daripada menjadi lebih teruk.

 

Pemeriksaan STD komprehensif terdapat di klinik cawangan kami di Singapura dan Malaysia.

Make an appointment with us or walk-in DTAP clinic @ KL Eco City. We accept appointments via WhatsApp, please message us at +6017 444 3052.

Share:

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.

error: Content is protected !!