Sifilis: Simptom, Ujian dan Rawatan. Perkara-perkara Yang Anda Perlu Tahu

Sifilis: Simptom, Ujian dan Rawatan. Perkara-perkara Yang Anda Perlu Tahu

Sifilis, Suatu Stigma

Sifilis sudah lama menjadi suatu penyakit yang menakutkan masyarakat. Sewaktu penyakit ini mula-mula dikenali di Eropah pada abad ke-15, ia merupakan suatu misteri. Tiada sesiapa yang mengetahui fakta tentang sifilis atau cara untuk merawat penyakit tersebut. Mereka mencipta mitos untuk memudahkan proses untuk memahami gejala penyakit baru ini yang dipanggil ‘’the great pox’’. Kini, sifilis boleh dirawat sepenuhnya, terutamanya jika penyakit ini didiagnosis dan dirawat awal.

Sifilis merupakan penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD) yang berpunca daripada sejenis bakteria Treponema pallidum (T. pallidum) yang boleh menjadikan keadaan sangat berbahaya sekiranya tidak dirawat. Penyakit ini boleh dirawat pada peringkat awal, tetapi, jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kecacatan, gangguan neurologi, dan juga boleh menyebabkan maut. Kerana itulah ujian STD sangat penting – lebih awal anda mendapat tahu anda dijangkiti sifilis, lebih awal anda dapat membebaskan diri dari penyakit sifilis.

Sifilis juga agak mengelirukan kerana terdapat banyak peringkat dan kadangkala peringkat-peringkat tersebut boleh berlaku pada waktu yang sama. Kadangkala, sifilis juga tidak menunjukkan simptom langsung- namun begitu, jangkitan tersebut masih boleh berlarutan sehingga anda merawatnya. Simptom-simptom sifilis adalah berbeza pada setiap peringkat, dan tidak akan berlaku dalam turutan yang sama untuk semua orang.

Terdapat tiga peringkat dalam jangkitan sifilis yang anda patut tahu: Pertama, kedua dan ketiga

Peringkat Pertama

  • Seseorang yang mempunyai sifilis peringkat pertama selalunya akan mempunyai “canker sore” atau lecet pada tempat jangkitan.
  • Lecet ini sering muncul pada kemaluan atau di anus atau rektum, atau di sekeliling mulut. Lecet ini juga adalah selalunya pejal, bulat dan tidak sakit.
  • Lecet selalunya akan muncul pada minggu ketiga dan tiga bulan selepas anda mendapat jangkitan ini. Lecet ini biasanya akan kekal dalam tiga hingga enam minggu dan akan hilang sendiri, dengan atau tanpa rawatan.

Namun, jika anda tidak mendapat rawatan, anda akan masih mempunyai jangkitan sifilis, walaupun lecet tersebut sudah hilang. Anda perlu mengambil ubat untuk merawat sifilis dan menghalangnya dari merebak ke peringkat yang seterusnya.

Peringkat Kedua

  • Simptom peringkat ini adalah termasuk ruam pada tapak tangan, tapak kaki, dan bahagian badan yang lain. Ruam tersebut sering terasa kasar, merah atau bertompok-tompok kemerahan coklat pada tapak tangan dan/atau pada tapak kaki. Ruam sifilis peringkat kedua adalah sukar untuk nampak dan selalunya tidak gatal
  • Anda mungkin akan terasa mual dan sakit, dan mendapat simptom selsema, demam, rasa letih, sakit tekak, kelenjar yang bengkak, pening kepala, dan sakit badan.
  • Anda juga boleh mendapat lecet atau “canker sore” dalam mulut, faraj, anus dan rambut gugur.

Simptom siflis peringkat kedua (ruam sifilis) boleh berlarutan sehingga 2 ke 6 minggu pada satu masa dan boleh muncul dan hilang selama 2 tahun. Ruam ini adalah sama seperti penyakit biasa yang lain, ini menyukarkan keadaan untuk mengetahui jika ia adalah sifilis.

Dalam pertengahan peringkat kedua dan peringkat ketiga, terdapat masa di mana jangkitan sifilis anda laten (tiada tanda-tanda atau simptom langsung) selama berbulan-bulan dan juga bertahun.

Peringkat Ketiga (Akhir)

  • Peringkat akhir sifilis boleh menyebabkan tumor, buta, dan juga kelumpuhan. Ia boleh merosakkan sistem saraf (neurosifilis), otak, mata (okular sifilis) dan juga organ lain. Ia juga boleh menyebabkan maut.
  • Komplikasi dari peringkat akhir sifilis boleh berlaku selama 10-20 tahun selepas anda pertama dijangkit, atau sewaktu mana-mana peringkat awal di atas.

Simptom Neurosifilis Termasuk:

  • Pening kepala yang kronik
  • Kesukaran untuk mengkoordinasi gerakan otot
  • Kelumpuhan (tidak dapat menggerakkan bahagian badan yang tertentu)
  • Kebas
  • Dementia

Simptom sifilis okular adalah termasuk perubahan pada penglihatan dan juga buta.

Faktor Risiko

Mereka yang aktif secara seksual adalah berisiko untuk dijangkiti sifilis Mereka yang berisiko tinggi termasuk:

  • Mereka yang menjalankan aktiviti seks tanda perlindungan
  • Lelaki yang menjalankan aktiviti seks dengan lelaki
  • Mereka yang mempunyai HIV
  • Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks

Lecet (sore) sifilis juga boleh meningkatkan kemungkinan untuk menjangkiti HIV Apakah Rawatan Untuk Sifilis?

Sifilis mudah untuk dirawat pada peringkat awal. Satu injeksi Benzathine penicillin G intra-otot boleh menyembuhkan mereka yang mempunyai jangkitan peringkat pertama, kedua atau ketiga. Tiga dos Benzathine penicillin G (2.4 juta unit yang diberi secara intra-otot) setiap minggu adalah disarankan untuk individu yang mempunyai sifilis peringkat ketiga.

Rawatan boleh membunuh bakteria sifilis dan mengelakkan komplikasi selanjutnya, namun, tidak dapat memulihkan kerosakan yang sedia ada sebelum rawatan. Pemilihan penicillin yang bersesuaian adalah penting untuk merawat sifilis.

Semua klinik kami menyediakan ujian penyakit kelamin (STD) dan juga rawatan untuknya. Ujian HIV tanpa nama (anonymous) juga terdapat di klinik kami. Kami menerima kunjungan berjadual dan juga tanpa jadual. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kami atau e-mel kami di my.hello@dtapclinic.com

Susulan Rawatan

Selepas anda mendapat rawatan sifilis, doktor akan meminta anda untuk:

-Menjalani ujian darah berkala bagi memastikan anda memberi respon kepada dos penicillin

-Menghindari aktiviti seks sehingga rawatan diselesaikan dan ujian darah menunjukkan bahawa jangkitan telah sembuh

-Memberitahu pasangan seks anda supaya mereka juga boleh menjalankan ujian darah dan mendapatkan rawatan jika perlu

– Menjalankan ujian HIV

Soalan Lazim Tentang Sifilis:

Saya telah dirawat. Adakah saya akan dijangkiti sifilis lagi?

Sifilis yang sudah dirawat atau sembuh tidak bermaksud anda tidak akan dijangkiti lagi. Walaupun anda berjaya dirawat, anda masih boleh dijangkiti sifilis lagi. Ujian makmal boleh memastikan sekiranya ada mempunyai jangkitan sifilis. Ujian susulan oleh doktor anda adalah disarankan untuk memastikan rawatan anda berjaya.

Saya hamil. Bagaimanakah sifilis boleh menjejaskan kandungan saya?

Anda boleh memberi jangkitan tersebut kepada kandungan anda sekiranya anda hamil dan mempunyai jangkitan sifilis. Ini boleh menyebabkan bayi yang lahir dengan berat badan yang kurus, kelahiran bayi pramatang atau bayi yang mati lahir. Untuk melindungi kandungan anda, anda patut menjalani ujian sifilis sekurang-kurangnya sekali sewaktu hamil dan menerima rawatan segera sekiranya anda positif untuk sifilis.

Bayi yang dijangkiti sifilis boleh lahir tanpa simptom. Walaubagaimanapun, bayi yang tidak dirawat boleh mendapat masalah kesihatan seperti katarak, pekak, sawan dan boleh meninggal. Sekiranya bayi tersebut tidak dirawat dengan segera, ia boleh mendapat masalah yang serius dalam beberapa minggu selepas lahir.

Bagaimana saya tahu jika saya dijangkit sifilis?

Seperti semua penyakit kelamin, satu-satunya cara adalah untuk mengambil ujian makmal. Jika anda perasan akan kewujudan lecet pada kemaluan atau anda menunjukkan tanda-tanda jangkitan sifilis yang lain, anda perlu berjumpa dengan doktor. Ujian makmal juga elok sekiranya anda menjalankan seks tanpa pelindungan atau sekiranya pasangan seks anda mempunyai sifilis (walaupun simptom tersebut tidak boleh nampak). Sekiranya anda hamil, doktor anda akan menyarankan supaya anda menjalani ujian untuk sifilis. Secara umum, mereka yang aktif dalam seks patut menjalani ujian penyakit kelamin setahun sekali.

Bagaimanakah cara saya memastikan saya tidak memberikan jangkitan ini kepada orang lain? Sifilis senang dirawat, dan terdapat beberapa cara untuk memastikan anda tidak memberikan jangkitan ini kepada orang lain. Sifilis adalah sangat-sangat biasa dan senang dirawat, jadi tidak perlulah anda tertekan atau malu tentangnya.

Maklumkan pasangan anda yang ada mempunyai jangkitan ini supaya mereka juga boleh menjalani ujian makmal dan dirawat. Hindari aktiviti seks sehingga anda menyelesaikan rawatan anda dan lecet sifilis anda sudah sembuh sepenuhnya.

Anda patut mengingatkan pasangan seks anda untuk dirawat sebelum mereka menjalankan aktiviti seks dengan orang lain, termasuk diri anda. Anda patut menggunakan kondom setiap kali menjalankan aktiviti seks selepas anda menyelesaikan rawatan.

Fakta Tentang Sifilis

Berikut merupakan perkara utama tentang sifilis:

  • Ia boleh merebak melalui hubungan seks dengan lecet (sore). Berkongsi sentuhan pada permukaan seperti tombol pintu atau meja tidak akan merebakkan jangkitan tersebut.
  • Rawatan awal menggunakan penicillin boleh menyembuhkan jangkitan ini.
  • Mempunyai jangkitan sifilis yang telah dirawat tidak bermaksud anda tidak akan menjangkiti sifilis lagi. Sifilis tidak akan kembali selepas rawatan, tetapi anda boleh dijangkitnya lagi jika anda terdedah pada bakteria tersebut
  • Wanita boleh menurunkan jangkitan sifilis kepada kandungan mereka sewaktu hamil, dan berpotensi memberikan kesan yang padah.
  • Jangkitan ini boleh kekal dalam keadaan yang tidak aktif selama 30 tahun sebelum kembali semula sebagai sifilis peringkat ketiga/akhir.

Sifilis dan penyakit kelamin yang lain boleh menyebabkan masalah psikologi dan keresahan dalam kalangan mereka yang mempunyai jangkitan tersebut.

Disebabkan oleh nombor pesakit sifilis yang meningkat secara global, terdapat pelbagai inisiatif yang diambil untuk menghalang penyakit ini daripada merebak. Terdapat juga langkah global yang diambil untuk membasmi penyakit ini.

Jika anda mendapat tahu bahawa anda mempunyai jangkitan ini, jangan panik! Kunjungi pusat penjagaan kesihatan atau klinik yang berdekatan dan dapatkan rawatan untuk diri anda awal-awal.

Semua klinik kami menyediakan ujian penyakit kelamin (STD). Ujian HIV tanpa nama (anonymous) juga terdapat di klinik kami. Kami menerima kunjungan berjadual dan juga tanpa jadual.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kami atau e-mel kami di my.hello@dtapclinic.com

Tags:
Share:

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.

error: Content is protected !!