Peyronie’s Disease (PD)

Peyronie's Disease

Peyronie’s Disease (PD)

Sebagai pendahuluan, penyakit Peyronie  Disease (PD) atau “zakar bengkok” telah dikenalpasti oleh pakar bedah Perancis Dr Francois Gigot de la Peyronie sejak abad ke 18. 

Penyakit ini dapat ditemui pada 1% (0.4 – 3%) lelaki, namun dianggarkan bahawa jumlah ini sebenarnya dianggap masih kurang dilaporkan kerana malu atau kurang pengetahuan berkaitan PD. Kes berkaitan PD juga  biasanya meningkat seiring dengan usia dan gejala berkisar dari ringan hingga parah.

Punca kepada penyakit PD ini masih belum dapat dikenalpasti. Namun demikian, ia dikaitkan dengan  pembentukan plak/tisuberserat yang keras (fibrous hard sheet) pada satu lapisan zakar. Penyakit ini juga tidak seharusnya disamakan dengan kelengkungan zakar yang berlaku sejak lahir kerana penyakit ini adalah diperoleh apabila berlaku pembentukan tisu yang keras.

 


Tanda & Gejala penyakit Peyronie

Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, PD terjadi akibat pembentukan tisu berserat (fibrous hard sheet) di tunica albuginea, yang merupakan lapisan tisu penghubung tepat di luar otot zakar (cavernosa). Kehadiran tisu berserat ini akan mengakibatkan beberapa gejala seperti:

 

  1. Kelengkungan zakar yang tidak normal ke arah sisi pembentukan plak terutamanya semasa ereksi. 84% kes PD pula tidak hanya melibatkan kelengkungan zakar yang tidak normal. 
  2. 47% pesakit biasanya akan mengalami kesakitan semasa ereksi dan semasa melakukan persetubuhan yang mungkin juga boleh menyebabkan Disfungsi Ereksi (Erectile Dysfunction)
  3. Disfungsi ereksi (ED) disebabkan oleh kebimbangan terhadap kesakitan yang boleh berlaku Ketika hubungan seks. Selain itu, ED juga boleh disebabkan oleh tekanan yang dikenakan oleh plak yang keras terhadap salur darah di bahagian zakar semasa ereksi sehingga mengakibatkan kegagalan mencapai ereksi sepenuhnya. 50% pesakit PD menunjukkan masalah ED.  
  4. Pesakit yang mengalami PD mungkin merasakan kepingan keras pada zakar semasa melakukan onani. Kepingan/plak tersebut boleh berbeza-beza dalam kekerasan dan mungkin akan menjadi lebih keras (calcified) pada masa akan datang. Kajian menunjukkan sebanyak 47% kes PD mengalami gejala ini bahkan dalam kajian berbeza, sebanyak 80% penyakit PD mengalami masalah yang sama.   
  5. 32% mungkin mempunyai gabungan masalah zakar bengkok, sakit dan disfungsi ereksi.  

 


Siapa yang berisiko mengembangkan PD?

Walaupun punca sebenar penyakit PD masih belum dapat dikenalpasti, namun terdapat beberapa golongan yang dilihat lebih cenderung mendapat penyakit PD.

Antaranya:

  1. Perokok.
  2. Mereka yang memiliki berat badan berlebihan.
  3. Mereka yang memiliki penyakit 3 serangkai seperti dislipidemia, diabetes mellitus dan hipertensi.
  4. Mereka yang lebih berusia.
  5. Sejarah keluarga penyakit vaskular genetik (sejarah keluarga duputyren contracture)
  6. Kekurangan vitamin E.
  7. Pengambilan ubat jenis beta blocker
  8. Trauma atau kecederaan pada zakar dan penyakit salur darah

 


Diagnosis PD

Diagnosis PD selalunya boleh dibuat melalui pemeriksaan fizikal ketika bertemu doktor. Antara perkara yang biasa ditemui adalah terdapat tisu parut dibahagian zakar (fibrous plaque tissue). Kaedah lain pula seperti pesakit berkongsi foto zakar ketika mencapai ereksi. Sudah tentu ini hanya dibolehkan jika pesakit bersetuju untuk berkongsi gambar tersebut. Jika tisu parut tersebut terlalu kecil, kaedah imbasan ultrasound boleh dilakukan untuk mengesahkan penyakit PD. 

 


 Pilihan rawatan

Bergantung kepada masa diagnosis penyakit PD. Jika diagnosis dibuat dalam masa 6 bulan ketika gejala mula ditemui, kaedah rawatan konservatif boleh dilakukan. Manakala jika diagnosis dilakukan 6 bulan setelah gejala ditemui, rawatan pembedahan mungkin boleh diambil kira. 

 

Oleh itu, pilihan rawatan adalah:

  1. Dalam enam bulan pertama: rawatan perubatan termasuk suntikan steroid ke dalam plak telah dikenalpasti boleh memperbaiki keadaan. Di samping itu, terdapat juga mereka yang menggunakan botulinum untuk memperbaiki kelengkungan zakar. Pemberian steroid atau botulinum ini dilakukan dengan menyuntikkannya ke dalam jaringan parut namun membawa kepada risiko pendarahan, lebam dan jangkitan kuman.

Terapi gelombang kejutan extracorporeal (ESWT) adalah kaedah bukan invasif lain yang telah digunakan dalam rawatan PD. Kaedah ini berfungsi apabila gelombang yang terhasil dari mesin ini akan memecahkan tisu paru (fibrous plaque tissue) yang seterusnya mendorong pertumbuhan tisu baharu. Kaedah ini dianggap sebagai salah satu kaedah terapi paling selamat yang ada. Disyorkan kepada pesakit PD untuk menjalani antara 3-5 sesi ESWT untuk melihat hasil yang lebih baik.

Kaedah terapi ini harus dijalankan selama beberapa bulan.

 

  1. PD jangka panjang (> enam bulan): Individu yang telah lama menderita PD dan mereka yang gagal dalam rawatan perubatan konservatif mungkin harus menjalani terapi pembedahan, terutama jika  kelengkungan zakar yang teruk sehingga mengganggu kesihatan kehidupan seksual sama ada dengan menyebabkan bengkok yang teruk, rasa sakit semasa persetubuhan atau disfungsi ereksi (Erectile Dysfunction).

 

Namun demikian, pesakit wajar mengetahui bahawa pilihan pembedahan harus dipertimbangkan sebagai jalan terakhir kerana ia berisiko tinggi  dengan kemungkinan mendapat kerosakan kekal pada alat kelamin, mati pucuk dan kehilangan fungsi alat kelamin.

Sebagai penutup, tidak semua zakar bengkok adalah disebabkan oleh Peyronie Disease dan tidak semua benjolan pada zakar disebabkan tisu parut PD. Oleh yang demikian, berjumpalah dengan doktor anda seupaya diagnosis yang tepat boleh dilakukan dan kaedah rawatan berkesan boleh disyorkan kepada anda. 


 

Tags:
Share:

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.