Inseminasi Intrauterin (IUI) in Malaysia

IUI Malaysia

Inseminasi Intrauterin (IUI) in Malaysia

Apakah itu Inseminasi Intrauterin (IUI)

 

Inseminasi Intrauterin (IUI) adalah rawatan untuk kesuburan yang melibatkan proses memindahkan sperma ke dalam uterus wanita bagi memudahkan dan mempercepatkan proses persenyawaan. IUI merupakan rawatan barisan pertama, terutamanya apabila tiada masalah kesuburan dapat dipastikan. Dalam proses persenyawaan semulajadi, sperma perlu  berhijrah dari faraj dan menerusi serviks, seterusnya bergerak ke atas ke tiub fallopian. Dengan IUI, sperma “dibasuh” dan dikonsentrasikan, dan juga diletakkan terus ke dalam uterus, dan ini akan memposisikan sperma itu dekat dengan telur ovum.

 

Matlamat IUI adalah untuk meningkatkan nombor sperma yang mencapai tiub fallopian, justeru meningkatkan peluang persenyawaan. IUI memberikan manfaat kepada sperma dengan memberikannya permulaan awal. Namun, kaedah ini masih memerlukan sperma untuk bercantum dengan telur ovum dengan sendiri. Kaedah ini juga kurang mahal dan kurang invasif apabila dibandingkan dengan persenyawaan in vitro (IVF).  Kaedah ini memang kurang mahal dan mudah, namun ia perlu diulang beberapa kali kerana purata kehamilan yang yang berpotensi untuk berjaya hanyalah 10-15% setiap kali kaedah ini dilakukan.

 

Inseminasi Intrauterin (IUI) terdapat di Dr Tan & Partners (DTAP Clinic), KL Eco City. Bincang dengan doktor kami hari ini untuk maklumat lanjut.

 


Bilakah IUI Digunakan?

 

Dalam kes yang melibatkan kesuburan lelaki, IUI digunakan apabila terdapat kiraan sperma yang terlalu rendah atau terdapat sperma yang tidak cukup kuat untuk berenang melepasi serviks dan naik ke dalam tiub fallopian. 

 

Walaubagaimanpun, IUI boleh dipilih sebagai rawatan kesuburan untuk isu-isu seperti:

  • Ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan
  • Keadaan serviks yang tidak elok, termasuk masalah lendir serviks.
  • Tisu parut serviks yang berpunca daripada prosedur lama yang boleh menghalang kemampuan sperma untuk untuk memasuki uterus.
  • Endometriosis ringan
  • Disfungsi ejakulasi
  • Pasangan yang mahu mengelakkan masalah genetik yang datang daripada pasangan lelaki, diberikan kepada anak mereka

 

IUI tidak efektif dalam senario berikut:

  • Wanita yang mengalami endometriosis sederhana atau kronik
  • Wanita yang telah menjalani proses pembuangan tiub fallopian atau tiub fallopian yang disekat
  • Wanita yang mempunyai penyakit fallopian tiub yang kronik
  • Wanita yang telah mengalami jangkitan pelvis beberapa kali
  • Lelaki yang tidak menghasilkan sperma (melainkan pasangan yang mahu menggunakan penderma sperma)

 


Apakah Yang Boleh Dijangkakan Sewaktu Prosedur IUI?

 

IUI merupakan prosedur yang tidak sakit dan tidak invasif secara relatif. IUI kadangkala dilakukan mengikut kitar semulajadi, yang bermaksud pesakit tidak perlu mengambil ubat. Wanita akan mengeluarkan telur ovum secara semula jadi. Sperma akan berada di klinik doktor pada sekitar waktu ovulasi.

 

IUI juga boleh digunakan secara kombinasi dengan stimulasi ovari. Ubat-ubat seperti clomiphene citrate (Clomid), hCG (human Chorionic Gonadotropin), dan FSH (hormon perangsang folikel) boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pematangan ovari bagi melepaskan satu atau beberapa telur ovum. Ovulasi dengan lebih dari satu telur ovum selalunya akan meningkatkan peluang hamil.

 

Setiap kemudahan perubatan dan juga setiap doktor mempunyai arahan spesifik tersendiri untuk prosedur IUI.

 

Sebelum memulakan rawatan IUI, anda akan menjalani pemeriksaan seperti ujian untuk penyakit berjangkit. Ujian spesifik yang perlu dijalani adalah HIV, sifilis, antigen permukaan hepatitis B, dan antibodi hepatitis C. Terdapat juga ujian tambahan yang bergantung kepada keadaan kesihatan anda. Keputusan ujian tersebut akan mengambil masa kira-kira 7 hinggan dua minggu.

 


Garis Masa

 

Selepas perbincangan awal dan pemeriksaan kesihatan dijalankan, apabila anda dan doktor anda mendapati bahawa IUI merupakan prosedur yang terbaik untuk anda, garis masa anda mungkin akan melibatkan yang berikut:

 

  • Anda akan mengunjungi klinik doktor anda semasa datang haid untuk ujian darah, ultrasound, dan pengambilan ubat preskripsi.
  • Sekiranya ubat preskripsi diberikan oleh doktor, anda akan mengambil ubat tersebut sewaktu datang haid untuk lima hari.
  • Kira-kira 10 hari selepas memulakan pengambilan ubat,anda berkemungkinan akan menjalani ultrasound dan juga ujian darah.
  • Bergantung kepada keputusan ujian kesihatan anda, doktor akan tentukan bila anda akan mengalami ovulasi dan bila pasangan anda akan kembali semula ke klinik. Biasanya ini akan berlaku pada hari ke 10-16 selepas memulakan ubat,
  • Doktor akan menjadwalkan pasangan lelaki untuk pengumpulan air mani kira-kira 1-2 jam sebelum prosedur IUI. Masa ini akan diambil oleh pihak makmal untuk “membasuh” sperma pra-prosedur.
  • Sperma akan terus dibawa ke makmal di mana ia akan “dibasuh”. Ini adalah proses di mana cecair seminal dan serpihan lain akan diasingkan supaya sperma dikonsentrasikan. Ini juga akan memastikan bahawa sperma tersebut tidak akan merengsa uterus.

 


Prosedur IUI

 

Salah satu cara untuk menentukan masa inseminasi adalah dengan pencetusan ovulasi secara buatan. Ubat hCG (human Chorionic Gonadotropin) akan disuntik apabila dapatan ultrasound menunjukkan yang telur atau telur-telur ovum yang sedang berkembang dalam ovari sudah cukup matang. Idealnya, IUI dijalankan dalam 36 jam selepas suntikan hCG. Telur ovum hanya akan bertahan selama 24 jam selepas ia dilepaskan.

 

IUI adalah prosedur yang singkat dan tidak sakit secara relatif, dan juga tidak memerlukan anestesia. 

 

  • Anda akan berbaring di atas katil pemeriksaan dan doktor anda akan menggunakan spekulum (alat yang digunakan sewaktu Pap smear) untuk membuka faraj secara perlahan-lahan untuk menggambarkan serviks anda.
  • Sperma akan dilepaskan melalui serviks ke dalam uterus menggunakan tiub yang panjang dan nipis.
  • Anda perlu kekal berbaring di atas katil pemeriksaan selama 10 hingga 30 minit selepas inseminasi.
  • Ramai wanita yang mengalami ketidakselesaan yang sedikit atau tidak langsung. Namun, terdapat juga wanita yang mengalami kekejangan uterus yang ringan atau pendarahan faraj selepas prosedur ini.
  • Terdapat klinik yang akan menjalankan inseminasi yang kedua pada hari berikutnya.
  • Terdapat juga doktor yang memberikan ubat preskripsi seperti progesteron untuk diambil selepas prosedur sehingga peringkat awal kehamilan sekiranya kehamilan dapat dicapai. Terdapat juga klinik yang tidak melakukan ini.
  • Anda boleh mengambil ujian kehamilan dua minggu selepas prosedur IUI.

 


Kadar Kejayaan Bagi IUI

 

Kadar kejayaan IUI bergantung kepada beberapa faktor.

 

  • Umur wanita, fungsi ovari, sekatan tiub fallopian, pelekat pelvis, dan punca-punca ketidaksuburan yang lain.
  • Jumlah sperma motil yang dimasukkan ke dalam uterus. Beberapa kajian mendapati bahawa lelaki yang mempunyai kadar sperma motil yang rendah selepas “pembasuhan”, peluang untuk hamil juga rendah.
  • Jumlah tinggi bagi sperma yang mempunyai morfologi yang abnormal juga akan merendahkan peluang hamil.
  • Pemasaan IUI

 

Secara relatif, IUI adalah rawatan yang berisiko rendah yang boleh menjadi pilihan elok bagi pasangan yang sedang mencuba. Jika anda mengalami kesusahan untuk hamil atau mempunyai soalan tentangnya, bincanglah dengan penjaga kesihatan anda. Doktor anda boleh membantu anda memilih cara yang terbaik bagi anda hamil. IUI boleh menjadi cara yang efektif.

 


Untuk maklumat lanjut tentang IUI, sila kunjungi kami di klinik wanita kami di Malaysia. Kami juga menerima temu janji melalui WhatsApp, sila mesej kami kepada +6017 444 3052. 

Tags:
Share:

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.

error: Content is protected !!