Breast Self-Exam: BAGAIMANA MELAKUKAN PEMERIKSAAN KETULAN DI PAYU DARA SENDIRI?

Breast Self-Exam: BAGAIMANA MELAKUKAN PEMERIKSAAN KETULAN DI PAYU DARA SENDIRI?

Pemeriksaan payudara secara sendiri, atau pemeriksaan payudara secara berkala pada diri sendiri boleh menjadi kaedah yang penting untuk mengesan kanser payudara tahap awal agar ia lebih cenderung dirawat dengan jayanya. Walaupun tiada ujian yang boleh mengesan semua kanser payudara tahap awal, breastcancer.org yakin bahawa melakukan pemeriksaan payudara  secara sendiri dengan gabungan kaedah pemeriksaan yang lain dapat meningkatkan kemungkinan pengesanan awal kasen payudara.

 

Pemeriksaan payudara secara sendiri adalah mudah, tiada kos yang diperlukan untuk anda jadikannya sebagai rutin harian tanpa mengira peringkat umur. Kami menyarankan untuk semua wanita melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri sebagai stratergi pengesanan awal kanser payudara.

 

“Kami Juga Menyediakan Pakej Perkhidmatan Pemeriksaan Kanser Payudara + Pap Smear Hanya Dengan Harga RM250 Di Klinik Kami Yang Terletak Di KL Eco City.”

 

5 CARA UNTUK MELAKUKAN PEMERIKSAAN PAYUDARA SECARA SENDIRI:

 

Payudara Berbentuk Sama Tanpa Ada Yang Ganjil Atau Membengkak

Langkah 1: Mulakan dengan melihat payudara anda di cermin dengan meluruskan bahu dan tangan anda di pinggang.

 

Apakah yang patut anda perhatikan:

  • Saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal
  • Payudara tidak dalam keadaan bengkak atau bentuk yang menyeleweng

 

Jika anda melihat apa-apa perubahan seperti yang tertera, sila rujuk pada doktor:

  • Terdapat kesan lekuk kecil, mengerut atau bengkak pada payudara 
  • Puting payudara mengalami perubahan posisi atau puting tenggelam 
  • Kemerahan, terasa sakit, ruam atau membengkak 

 

Angkat Tangan Dan lPerhatikan Perubahan Yang Sama

Langkah 2: Sekarang angkat tangan dan lihat perubahan yang sama.

 

Sebarang Tanda Cecair Keluar Dari Salah Satu Daripada Puting

Langkah 3: Apabila anda melihat diri anda dalam cermin, perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).

 

Apabila Baring, Raba Payudara Untuk Cari Pembengkakkan Dengan Gerakan Bulat.

Langkah 4: Seterusnya, rasakan payudara anda dalam keadaan anda baring. Gunakan tangan kanan anda untuk merasa payudara sebelah kiri anda begitu juga sebaliknya gunakan tangan kiri anda untuk merasa payudara sebelah kanan anda. Rasakan jika terdapat sebarang bengkak di payudara anda. Gunakan sentuhan yang lembut dan tegas menggunakan beberapa jari, pastikan jari tersebut rata dan rapat bersama. Gunakan gerakan bulat mengenai suku daripada payudara.

Tutup keseluruhan payudara dari atas hingga bawah, dari satu sisi ke sisi yang lain- dari tulang selangka sampai ke bawah perut dan dari ketiak ke belahan dada.

Ikut corak untuk memastikan anda menutupi seluruh payudara. Anda boleh mulakan di bahagian puting, bergerak dengan gerakan yang lebih besar sehingga anda mencapai di bahagian pinggir luar payudara anda. Pastikan anda rasa setiap tisu dari depan hingga belakang payudara menggunakan tekanan yang berbeza.

 

Apabila Berdiri Atau Duduk Rasakan Sebarang Bengkak Dalam Gerakan Bulat.

Langkah 5: Akhir sekali, rasakan payudara anda apabila anda dalam posisi berdiri atau duduk. Kebanyakan wanita mendapati cara yang mudah untuk merasakan payudara mereka apabila kulit mereka dalam keadaan basah atau licin, disebabkan itu mereka lebih suka melakukan langkah ini apabila mandi. Aplikasikan cara ini menggunakan gerakan yang sama seperti langkah-langkah yang sebelumnya.

 

Kesimpulannya

 

Lebih kerap anda memeriksa payudara anda, lebih banyak yang dapat anda pelajari dan lebih mudah anda dapat mengesan sesuatu yang ganjil. Cuba untuk jadikan tabiat pemeriksaan payudara sendiri sekali dalam sebulan untuk membiasakan diri anda mengenali bagaimana payudara anda kelihatan normal atau sebaliknya. Periksa diri anda dengan melakukannya sendiri selepas beberapa hari selepas waktu haid anda, kerana pada waktu itu payudara anda lebih lembut berbanding pada waktu haid.

 

Pakej pemeriksaan kanser payu dara (250RM):

  1. Manual breast examination 
  2. Breast ultrasound 
  3. Pap smear

 

Lawati klinik kami atau buat temujanji dengan doktor kami untuk perundingan profesional dan peperiksaan awal.

* Semua harga yang dinyatakan di atas termasuk caj konsultasi.

Breast Cancer + Pap Smear Screening –  women’s clinic in Malaysia.

 

Make an appointment with us or walk-in DTAP clinic @ KL Eco City. We accept appointments via WhatsApp, please message us at +6017 444 3052.

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.

error: Content is protected !!