Bacterial Vaginosis (Jangkitan bakteria pada faraj)

Bacterial Vaginosis (Jangkitan bakteria pada faraj)

Bacterial Vaginosis (Jangkitan bakteria pada faraj) – Bacterial Vaginosis merupakan sejenis inflamasi pada faraj yang disebabkan oleh kehadiran terlalu banyak bakteria sihat yang boleh dijumpai di dalam faraj secara semula jadi. Ini menganggu keseimbangan bakteria di dalam faraj. Wanita yang berada pada umur reproduktif berkemungkinan tinggi untuk mendapat bacterial vaginosis, namun begitu, semua wanita tidak mengira usia, boleh mendapat masalah ini. Puncanya tidak diketahui secara sepenuhnya, tetapi sesetengah aktiviti seperti seks tanpa pelindungan atau douching yang kerap, boleh meningkatkan risiko untuk mendapatnya. 

Bacterial Vaginosis tidak merbahaya, walaubagaimanapun, ia boleh menyebabkan simptom yang mengganggu kualiti hidup. 

Bacterial Vaginosis adalah berbeza dengan penyakit jangkitan hubungan seks atau jangkitan yis. Namun, menjalankan hubungan seks dengan pasangan yang baru, atau beberapa orang lain pada waktu yang sama, boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat Bacterial Vaginosis. Seterusnya, aktiviti seks kadang kala boleh menyebabkan Bacterial Vaginosis sekiranya pasangan anda mempunyai keseimbangan kimia semula jadi yang bercanggah dan menukar keseimbangan pada faraj anda, seterusnya menyebabkan kuman atau bakteria membiak. 

Penyebab bagi masalah ini masih belum jelas, tetapi wanita yang mempunyai teman wanita adalah lebih berisiko tinggi. Anda juga boleh mendapat Bacterial Vaginosis dari seks oral dan seks anal. 

Apakah Cara Untuk Mengenali Simptom Bacterial Vaginosis? 

Dianggarkan setengah daripada kalangan wanita yang mempunyai Bacterial Vaginosis tidak menunjukkan simptom. Sekiranya anda menunjukkan simptom, anda mungkin akan perasan: 

– Nyahcas berwarna putih, kelabu atau hijau yang nipis – Sensasi membakar ketika kencing – Bau hanyir yang menjadi lebih kuat selapas seks – Sensasi gatal di sekeliling bahagian luar faraj 

Apakah Yang akan Berlaku Jika Anda Tidak Merawat Bacterial Vaginosis? 

Bacterial Vaginosis sahaja tidak dianggap merbahaya, tetapi ia masih boleh menyebabkan komplikasi. Komplikasi yang pernah dikaitkan dengan Bacterial Vaginosis boleh menyebabkan risiko tinggi untuk mendapat: 

– Jangkitan HIV, kerana Bacterial Vaginosis boleh menyebabkan seseorang lebih senang 

untuk dijangkiti virus tersebut. (Ujian HIV boleh dilakukan di klinik kami) – Penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD), seperti herpes simplex virus, 

klamidia, gonorea, dan human papillomavirus (HPV) – Jangkitan selepas pembedahan, seperti penamatan kehamilan (abortion/termination) atau histerektomi.

Komplikasi yang boleh terjadi disebabkan Bacterial vaginosis semasa kehamilan: 

– Kelahiran bayi yang awal atau pra-matang – Keguguran bayi – Kantung amniotik yang terpecah terlalu awal – Postpartum endometritis, kerensangan atau inflamasi pada lapisan rahim selepas bersalin – Ketidaksuburan faktor tiub, yang disebabkan oleh kerosakan pada tiub fallopian. Tiub fallopian menyambungkan ovari kepada rahim. – Chorioamnionitis, iaitu inflamasi pada membran yang mengelilingi janin, yang dikenali sebagai chorion dan amnion. 

Chorioamnionitis boleh meningkatkan risiko untuk kelahiran bayi pra-matang secara signifikan. Sekiranya bayi yang baru lahir itu dapat bertahan, bayi tersebut berisiko tinggi untuk mendapat cerebral palsy. 

Persenyawaan in-vitro (IVF) berisiko tinggi untuk gagal jika seseorang wanita mempunyai Bacterial vaginosis. 

Bacterial vaginosis juga meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease, PID), iaitu jangkitan dan inflamasi pada saluran atas sistem reproduktif wanita, boleh menyebabkan akibat yang teruk, termasuk ketidaksuburan. 

Apakah yang anda boleh jangkakan dari doktor anda? 

Doktor boleh mendiagnosis BV daripada penerangan tentang simptom yang dilalui dan juga ujian fizikal. Doktor akan mencari bau yang kurang menyenangkan dan nyahcaj nipis yang berwarna putih atau kelabu. 

Sekiranya pesakit itu aktif secara seksual dan jangkitan seksual berkemungkinan wujud, doktor juga boleh menjalankan ujian diagnostik. 

Swab atau gelung plastik kecil boleh digunakan untuk mendapatkan sampel sel-sel pada dinding dalam faraj. Anda juga mungkin perlu memberikan sampel darah atau air kencing untuk memastikan kehadiran jangkitan seksual. 

Dapatkan lebih informasi tentang pemeriksaan penyakit kelamin (STD), dan rawatan bagi penyakit kelamin di klinik kami. Pilihan Rawatan Untuk Bacterial Vaginosis. 

BV sering sembuh secara sendiri tanpa rawatan, walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai simptom harus mendapatkan rawatan untuk mengelakkan komplikasi. 

Rawatan mungkin tidak diperlukan sekiranya tiada simptom. Kadangkala, BV boleh muncul dan hilang tanpa sebab yang jelas. 

Sekiranya discaj dari faraj yang abnormal hadir, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor boleh mendiagnos BV dan menolak kemungkinan jangkitan lain seperti gonorea atau trichomoniasis. 

Antibiotik adalah efektif dalam berkesan dalam 90 peratus kes, tetapi BV sering muncul semula dalam beberapa minggu. 

  1. Metronidazole adalah antibiotik yang sering digunakan untuk merawat BV 2. Kita juga ada antibiotik lain yang digunakan secara alternatif sekiranya sekiranya metronidazole tidak 

berkesan, atau sekiranya jangkitan ini berlaku sekali lagi.  

Minuman keras atau alkohol perlu dielakkan ketika mengambil ubat-ubat tersebut. 

Jika anda mahu bercakap dengan doktor wanita kami tentang PCOS, sila kunjungi kami di klinik, atau hubungi kami. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di my.hello@dtapclinic.com untuk membuat temujanji dengan doktor. 

Klinik Wanita kami di Malaysia menerima kunjungan bertemujanji dan juga tanpa temujanji. Kami juga menerima temujanji Whatsapp, sila mesej kami di +6017 444 3052. 

Sila kunjungi www.drtanandpartners.com.my/contact-us/ untuk maklumat lanjut.

Share:

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.

error: Content is protected !!