Apa yang anda perlu tahu tentang Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease-STD)

Apa yang anda perlu tahu tentang Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease-STD)

Jika anda aktif dalam hubungan kelamin, anda berisiko untuk dijangkiti Penyakit Kelamin (STD).

Kondom tidak melindungi anda dari dijangkiti Penyakit Kelamin (STD), mengejutkan bukan?

Di dalam satu kajian, secara faktanya , kondom hanya mampu mengurangkan risiko anda dijangkiti HIV ( Human Immunodeficiency Virus )  sebanyak 85 hingga 94% sahaja. Oleh itu, amat disyorkan untuk anda menjalani pemeriksaan secara rutin jika anda tidak mengamalkan monogami. 

 

Kami kongsikan dengan anda senarai Penyakit Kelamin (STD) dan bagaimana ia selalunya timbul. Sila ambil perhatian, kebanyakan Penyakit Kelamin (STD) tidak selalunya menunjukkan simptom yang boleh dikenali secara zahir.

  1. Ketuat di bahagian kemaluan/ Human Papiloma Virus (HPV)
  2. Gonorea 
  3. Klamidia/ LGV (Lymphogranuloma Venereum)
  4. Mikoplasma Genitalium
  5. Ureaplasma urealyticum
  6. Tricomonas Vaginalis
  7. Bacterial Vaginosis/Gardnerella
  8. Hepatitis A/B/C
  9. Sifilis
  10. Candida
  11. Herpes Simplex type I / II
  12. Moluscum Contagiosm
  13. Jangkitan Kutu di bahagian kemaluan (Crab Lice /Pubic Lice)
  14. Kudis Buta (Scabies)
  15. Chancroid
  16. Jangkitan bakteria Granuloma Inguinale
  17. Jangkitan kulat di bahagian kemaluan (Tinea Cruris)
  18. Gardnerella Vaginalis

Sindrom Jangkitan Penyakit Kelamin:

  1. Discaj dari zakar
  2. Discaj dari faraj
  3. Kesakitan semasa membuang air kecil
  4. Kelenjar limfa bengkak 
  5. Ketulan dan benjolan
  6. Kesakitan semasa melakukan seks / Vaginitis
  7. Kegatalan di bahagian kemaluan
  8. Luka di bahagian kemaluan (sakit / tidak sakit)

 

Chlamydia

 

Chlamydia adalah Penyakit Kelamin (STD) yang paling lazim di negara membangun. Malangnya, 40 – 60 % lelaki dan sehingga 80% wanita tidak mengalami sebarang simptom walaupun mereka telah dijangkiti. Kadangkala, simptom yang dialami adalah sangat ringan dan amat mudah untuk pulih, ia dipandang ringan oleh pesakit dan doktor terutamanya jika sejarah aktiviti seksual pesakit tidak dijelaskan secara terperinci.

Di antara tanda Chlamydia adalah kesakitan semasa membuang air kecil, discaj dari zakar atau faraj. Selain itu, ia juga boleh menunjukkan tanda dengan pesakit mengalami sakit tekak dan discaj dari dubur, terutamanya jika anda adalah pasangan reseptif atau pemberi didalam hubungan seks oral dan pasangan penerima (reseptif) di dalam hubungan seks melalui dubur.

 

Gonoria

 

Seperti Chlamydia, ia boleh hadir dengan tanda-tanda seperti sakit semasa membuang air kecil, keluar cairan discaj dari zakar atau vagina dan dubur. Tanda – tanda ini selalunya akan dapat dilihat  selepas beberapa hari dari hari pesakit terdedah dengan risiko, terdapat juga pesakit yang hanya mendapat tanda-tanda ini selepas terdedah dengan risiko selama beberapa bulan. Walaubagaimanpun, terdapat pesakit yang langsung tidak mendapat tanda-tanda sakit.

 

NSU (non-specific urethritis)

 

Ia boleh disebabkan oleh bakteria seperti Mikoplasma, Uriaplasma dan banyak lagi.

Malangnya kebanyakan jangkitan ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom. Pesakit mungkin akan berasa sedikit tidak selesa semasa membuang air kecil atau terdapat sedikit discaj.

 

HIV (human immunodeficiency virus/ virus kurang imun manusia)

 

Adalah menjadi persepsi umum bahawa pesakit HIV adalah pesakit yang berada di fasa jangkitan AIDS.

Pada permulaan jangkitan HIV, kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom. Kebanyakan pesakit yang telah terdedah dengan jangkitan hanya akan dapat melihat simptom selepas 3 hingga 4 minggu selepas terdedah. Antara tanda-tanda yang akan di dapati oleh pesakit adalah demam, sakit tekak, ruam, dan saluran limfa yang bengkak. Pesakit mungkin akan rasa ia adalah demam biasa kerana simptom adalah sangat serupa.

 

Herpes

 

Herpes adalah salah satu jangkitan yang paling umum di dunia. Kebanyakan pesakit tidak akan sedar yang mereka telah dijangkiti dan penyakit ini tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit. Ini kerana pesakit mungkin tidak mendapat sebarang tanda -tanda penyakit atau tanda tersebut amat ringan sehingga mereka tidak merasa sebarang perubahan lalu membiarkan sahaja tanpa rawatan.

Untuk pesakit yang mendapat simptom, episod pertama mereka selepas dijangkiti adalah sangat teruk dan mampu berlanjutan sehingga 3 minggu jika tanpa rawatan. Jangkitan yang di alami oleh pesakit  akan berkurangan dari minggu ke minggu. Ia selalunya akan hadir sebagai lepuh yang menyakitkan kepada ulser yang menyakitkan. Sebelum bermulanya episod pertama ini, pesakit akan mengalami kegatalan, atau kesakitan ringan di kawasan yang telah dijangkiti.

 

Hepatitis A, B dan C

 

Pesakit akan mengalami simptom yang ringan dan antaranya ada pesakit yang tidak perasan tentang tanda jangkitan. Antara tanda-tanda pesakit Hepatitis adalah mual, demam, kegatalan, hilang selera makan, kekuningan pada kulit dan mata.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit tidak langsung menunjukan apa-apa simptom namun apabila menjalani pemeriksaan kesihatan lanjutan, mereka akan melalui suatu ujian fungsi hati yang tidak normal.

 

Sifilis

 

Tanda sifilis adalah varian mengikut fasa jangkitan yang pesakit alami dan ia hanya akan dapat dikesan di antara  9 hingga 90 hari selepas pesakit dijangkiti. Antara tanda-tanda sifilis adalah ulser yang di kawasan yang telah dijangkiti, tetapi pesakit tidak merasa sakit pada kawasan tersebut dan ia akan mampu sembuh tanpa rawatan. Inilah yang menjadi salah satu faktor di mana pesakit tidak merasakan ia abnormal dan memerlukan rawatan. Dalam beberapa tahun akan datang , pesakit berkemungkinan akan mengalami jangkitan yang lebih serius dan akan merebak ke seluruh tubuh. Keadaan ini harus ditangani segera dengan mendapatkan rawatan, ini kerana jika keadaan berterusan tanpa rawatan sewajarnya, ia boleh merebak kebahagian tubuh yang lain seperti otak dan saluran darah utama seterusnya merosakkan seluruh sistem tubuh.

 

Molluscum Contagiosum 

 

Molluscum Contagiosum adalah sejenis virus pox dan lazimnya akan timbul sebagai benjolan kecil berbentuk bulat atau luka dan ianya tidak menyakitkan pada kulit.

 

HPV (Human Papillomavirus)

 

Selalunya,HPV tidak menunjukan simptom. Ia mampu menjangkiti kulit, lapisan mukosa, dan serviks. Ia akan muncul sebagai satu lapisan benjolan berwarna kulit berbentuk seakan bunga kobis di kawasan yang terjangkiti.

Walaubagaimanapun, virus ini diketahui akan menyebabkan kanser kepada serviks, dubur, zakar dan banyak lagi organ lain. Vaksinasi adalah tersedia untuk melindungi anda dari dijangkiti virus ini.

 

Kudis buta dan kutu

 

Jangkitan ini datang daripada serangga kecil yang lut sinar namun mampu dilihat dengan mata kasar melalui pencahayaan yang baik serta kanta pembesar. Serangga ini akan menjadi punca kegatalan di bahagian sulit , dan akan bertambah teruk apabila tiba waktu malam.

 

Konklusi

 

Kini anda tahu bahawa anda boleh dijangkiti Penyakit Kelamin (STD) tanpa disedari dan tidak menunjukan sebarang simptom. Adalah menjadi suatu faedah yang besar jika penyakit ini dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Jika anda merasakan anda berisiko atau terdedah dengan risiko jangkitan, sila berjumpa dengan doktor untuk saringan Penyakit Kelamin (STD).

 

Jika anda ingin maklumat lebih lanjut , sila berjumpa dengan Doktor kami. Anda boleh mengunjungi klinik kami , atau menghubungi kami.

Anda juga boleh menghantar e-mail kepada kami di my.hello@dtapclinic.com untuk mengaturkan temujanji bersama doktor kami.

Tags:
Share:

Comments are closed.

Call us today!

03-22022052

WhatsApp Appointment

+6017 444 3052

Appointment Booking

my.hello@dtapclinic.com

Thank you for your submission.

We will get back to confirm your appointment as soon as possible.

error: Content is protected !!